CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 13, 2009

Layan Perasaan

Ieyna is Very2 Sad Today.....What Happened 2 My Life? My Future and What Ever.....i dont know what 2 say....

Hakikat Seorang Wanita

Hakikat Seorang Wanita Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.

Di Hadapan Orang Yang Kita Cinta


Di hadapan org yg kita CINTA, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan org yg kita SUKA, hati kita akan gembira. Di depan org yg kita CINTA, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan org yg kita SUKA, musim itu cuma berangin sahaja. Jikalau kita lihat di dalam mata org yg kita CINTA, kita akan kaku. Jikalau kita melihat mata org yg kita SUKA, kita akan tersenyum. Di depan org yg kita CINTA, lidah kelu utk berkata-kata. Di depan org yg kita SUKA, lidah bebas berkata apa sahaja. Di depan org yg kita CINTA, kita menjadi malu. Di depan org yg kita SUKA, kita akan tunjukkan imej yg sebenar. Kita tidak boleh merenung mata org yg kita CINTA. Tapi kita selalu merenung mata org yg kita SUKA. Bila org yg kita CINTA menangis, kita akan turut menangis. Bila org yg kita SUKA menangis, kita akan membuat dia gembira. Perasaan CINTA bermula dari kata. Perasaan SUKA bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yg kita SUKA. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap org akan mengalami ini dalam hidup mereka. Renung & fikir perasaan anda tehadap pasangan mcm mana.