CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 24, 2012

KEK LAPIS IDOLA

Bahan-Bahan: 500 gm mentega 150 gm gula halus/kaster 10 telur (saiz besar) 300 gm susu pekat 150 ml santan pekat (kotak) 200 gm sekaya 200 gm horlicks 280 gm tepung Hongkong 100 gm Milo 350 gm cokelat masakan – cairkan dgn kaedah ‘double-boiling’ sedikit pewarna kuning/merah CARA: 1. Pukul mentega & gula sehingga kembang, gebu & putih. 2. Masukkan telur satu-persatu sambil dipukul terus hingga kembang. 3. Perlahankan sedikit speed mixer dan masukkan pula susu pekat, santan dan sekaya. 4. Kemudian perlahankan lagi speed mixer dan masukkan horlicks & tepung lalu dipukul sebentar jer sehingga adunan rata. 5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian: Satu bahagian dicampurkan milo & coklat. Satu bahagian diwarnakan kuning dan Yg akhir diwarnakan merah. 6. Alaskan dan gris loyang berukuran 8.5” x 8.5” atau 9” x 9”. 7. Ratakan 2 senduk (bumbung) adunan kuning & bakar dgn api grill sehingga masak (kira2 6-8 minit). Keluarkan loyang dari oven dan tekan sket lapisan kek dgn penekan kek lapis. Kemudian ambil 2 senduk adunan merah dan ratakan atas lapisan kuning tadi. Bakar lagi satu adunan kuning dan satu adunan merah (berselang–seli). Jumlah lapisan, 4. 8. Selepas tu, ambil 2 senduk adunan coklat & bakar hingga masak. Ulangi proses melapis adunan cokelat ini sehingga adunan selesai. 9. Seterusnya, ratakan 2 senduk (bumbung) adunan merah & bakar dgn api grill sehingga masak (kira2 6-8 minit). Kemudian ambil 2 senduk adunan kuning dan ratakan atas lapisan merah tadi. Bakar lagi satu adunan merah dan satu adunan kuning (berselang–seli). 10. Bakarlah kek ini dgn suhu kira-kira 200 darjah Celsius. Nota : Resipi asal menggunakan pewarna kuning jer bagi lapisan atas dan bawah dgn tengah2nya adunan cokelat.